CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 2, 2009

Dengarnya... Padan muka kena marah

KALAU tadi kawan Cik Normah yang tembam mendapat SMS daripada orang belakang tabir yang tak puas hati dengan perangai terkinja-kinja seorang aktres baru. Baru-baru ini ketika sedang sibuk membeli belah di negara jiran, Cik Normah terserempak dengan seorang rakan lama.

Maklumlah apabila sudah lama tak jumpa, macam-macam ceritalah yang hendak dikongsikan hingga tergendala seketika niat Cik Normah untuk membeli sepasang dua kasut. Katanya, cerita ini memang panas tetapi tidak dihebohkan. Perkara ini berlaku beberapa bulan yang lalu tetapi tak siapa yang tahu.

Ceritanya tidaklah sensasi sangat mana tetapi bagi Cik Normah cerita yang disampaikan tidak kurang menariknya. Kisahnya mengenai seorang penyanyi baru berbakat disembur penyanyi senior kerana tak reti jaga mulut. Padan dengan muka artis ini. Memang sesuai dan patut pun kena marah.


Kononnya satu hari mereka diundang menjayakan sebuah persembahan. Dalam persembahan itu, artis senior ini diberi layanan kelas pertama. Bagi Cik Normah memang sesuailah dengan pengalaman serta nama besarnya tetapi si artis baru ini sedap mulut mempertikaikan layanan yang diberikan kepada penyanyi senior ini.


Penyanyi senior itu pun tak kuasa nak bising-bising depan orang ramai. Dia telan saja apa yang dikatakan si pendatang baru tak sedar diri dan perasan bagus tu. Bagaimanapun sekembalinya dia ke ibu kota, penyanyi senior itu tidak dapat menyimpan lagi marah yang terbuku di hatinya, lalu dia pun mengirim SMS kepada penyanyi hingusan itu.

Kata penyanyi senior itu, dia memang layak menerima layanan sedemikian itupun setelah berpuluh tahun dalam industri. Jadi penyanyi artis baru itu kenalah lalui apa yang pernah dia lalui untuk sampai ke tahap sepertinya sekarang. Janganlah hendak bersikap kurang ajar pula. Hahaha.. padan dengan muka artis hingusan itu, baru bertemu buku dengan ruas.

Oleh Normah Becok

0 comments: