CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 1, 2009

Hot FM mantap

Tiada rancangan tambah ahli keluarga baru


TAHUN 2008 boleh dianggap tahun kejayaan bagi Rangkaian Radio Media Prima. Berada pada kedudukan cukup selesa, Hot FM dilihat akan terus mengorak langkah menjadi lebih gemilang pada tahun yang akan datang, manakala Fly FM pula kekal stesen kegemaran anak muda bandar di bawah usia 30 tahun.

<<<>


Begitupun, mereka sedar, kemanisan yang dikecapi ialah hasil usaha serta sokongan dari pelbagai pihak termasuk pendengar setia serta pihak media yang mendukung kedua-dua stesen itu dalam setiap acara yang dijalankan.

Menyedari 2009 bakal menjadi tahun genting untuk kedua-dua stesen, Rangkaian Radio Media Prima terus berusaha memperkukuhkan jenama serta kandungan mereka.


Bagi Hot FM, setelah usaha rombakan barisan penyampai berjalan dengan lancar, kini tiba masa untuk merombak isi kandung program stesen berkenaan.

Beberapa segmen akan diberi wajah baru berdasarkan formula yang ternyata berjaya menarik pendengar baru untuk mendengar Hot FM.

Seperti lazimnya, Hot FM akan sentiasa mengambil kira pendapat serta cadangan pendengar untuk kebaikan semua pihak. Jika 2008, Hot FM mencatatkan kejayaan yang boleh dibanggakan dengan penganjuran Hot FM Big Jam 2008 yang meraih lebih 30,000 pengunjung, terkini mereka menampilkan program pencarian superband Malaysia pertama iaitu Hot FM Twisties Bingit.

Menurut siaran media yang dikeluarkan baru-baru ini, program pencarian itu menjadi penutup tirai kejayaan Hot FM 2008 dan secara tidak langsung menjadi agenda penting untuk 2009 sebagai pembuka tirai tahun baru.

Penyampai Hot FM yang terdiri daripada Fara Fauzana, Faizal Ismail, Leya, Tini, Kieran, AG, Anne dan Ikhwan dilihat cukup mantap bagi mengendali barisan hadapan stesen terbabit.

Personaliti yang berbakat ini tetap memberikan komitmen dengan mengutamakan Hot FM dalam segala hal biarpun mereka diberi kebebasan

berkecimpung dalam bidang lain seperti pengacaraan dan lakonan.

Terbaru, Kieran diberi kepercayaan untuk mengacarakan program terbaru terbitan TV3, Roda Impian, manakala Faizal memulakan langkah baru

sebagai pelakon drama bersiri Pemanduku Jutawan.

Seiring dengan pencapaian barisan penyampai itu, Hot FM tidak ada rancangan menambah ahli keluarga baru selepas Kieran. Segala spekulasi yang timbul sejak kebelakangan ini tidak pernah datang dari pihak pengurusan Hot FM mahupun mana - mana individu dari stesen berkenaan.

<<<>

Fly FM juga mengalami rombakan agak drastik apabila Hunny Madu yang sebelum ini mengendalikan segmen Night Flight, diberikan kepercayaan mengendalikan segmen Must Have Music dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Tempat Hunny kini digantikan Basil.


Sebagai penyampai Hot FM, penyampai Fly juga diberi pendedahan melalui program TV. Prem dan Hunny Madu diberi kepercayaan mengacarakan program Quickie 8TV.

Flynivesary yang diadakan sempena ulang tahun Fly FM yang ketiga pula menerima kunjungan lebih daripada 10,000 pengunjung. Konsert itu ternyata menarik perhatian banyak pihak apabila berani menampilkan artis tempatan berbakat besar, seperti Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Bunkface, Bittersweet dan Estranged.

Selain itu, Fly FM mengumumkan pertukaran tagline stesen itu tidak lama lagi. Sesuai dengan peredaran waktu, Fly FM berasakan inilah masa paling sesuai untuk melakukan perubahan.

Rangkaian Radio Media Prima berharap tahun 2009 menjadi lebih gemilang dari segi pencapaian serta dapat memberikan lebih kepuasan kepada pendengar dalam menyampaikan maklumat terkini dan muzik terbaik.

Oleh Nurulhisham Abdul Lattif
nurul@bharian.com.my

0 comments: