CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

(Review) Filem Ong Bak 2

Dibintangi:
Tony Jaa, Primrata Dej-Udom, Sorapong Chatree, Saranyu Wongkrajang, Santisuk Promsiri, Pattama Pantong, Nirut Sirijanya, Petchtai Wongkhamlao dan Supakorn Kijsuwan

Tarikh Tayangan:
5 Feb 2009

Ulasan :

Kepada yang meminati filem bercorak aksi dan pernah menyaksikan filem ‘Ong Bak’, pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menonton ‘Ong Bak 2, menjanjikan lebih banyak aksi. Daripada permulaan cerita hinggalah ke akhir, anda dapat melihat pertarungan demi pertarungan.

Jika anda menyangkakan ‘Ong Bak 2’ adalah sambungan kepada ‘Ong Bak’, jangkaan itu meleset sama sekali. ‘Ong Bak 2’ membawa jalan cerita yang berbeza. Latar masanya mengambil zaman empayar Ayuthaya. Set pengambarannya, nampak ‘hidup’ ditambah dengan ‘props’ yang melambangkan zaman tersebut. Bukan mudah untuk menghidupkan zaman yang sudah berkurun lama berlalu. Begitu juga dengan lakonan Tony Jaa. Dia mempamerkan tahap lakonan yang cukup mantap. Gerak tubuhnya dalam setiap pertarungan sangat cantik dan gagah.

Filem aksi daripada Thailand ini dikategorikan sebagai filem 18SG. Oleh itu jika anda tidak menyukai aksi-aksi ganas yang terlampau, baik jangan saksikan filem ini.

‘Ong Bak 2’ mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (Saranyu Wongkrajang).

Tuan Rajasena yang zalim dan tamakkan kuasa telah merancang untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Dia telah menghantar pembunuh upahan bagi membunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa Tien) serta tentera-tenteranya yang taat setia. Satu-satunya orang yang terselamat dari pembunuhan kejam tersebut adalah Tien, yang berjaya dilarikan oleh salah seorang tentera bawahan ayahnya.


Tien kemudiannya ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi sebelum diselamatkan oleh Chernang (Sorapong Chatree), ketua bagi “Sayap Garuda” iaitu pasukan gerila yang terbilang. Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya sebagai penyamun. Tien lantas membesar dengan memiliki kemantapan pelbagai jenis ilmu seni bela diri dan strategi peperangan termasuklah pertarungan satu lawan satu, tinju, bacaan mantera serta kemahiran-kemahiran mengendalikan senjata-senjata peperangan seperti pedang, pedang lengkung, belantan dan bahan letupan.

Dengan kemahiran pelbagai jenis seni bela diri yang tertanam dalam dirinya, Tien membesar dewasa menjadi seorang pejuang seni bela diri. Dengan menguasai gading hitam gajah suci yang dihormati oleh golongan penyamun, Tien diterima menjadi salah seorang pemimpin Sayap Garuda yang bakal menggantikan Chernang. Namun begitu, satu-satunya perkara yang tersimpan dalam fikirannya hanyalah dendam yang ingin dilunaskan dengan membunuh Tuan Rajasena dengan tangannya sendiri. Dia bercadang untuk membalas dendam pada malam upacara pertabalan di mana Lord Rajasena bakal menaiki takhta dan berkuasa penuh sebagai monarki.

kredit : ong bak 2

0 comments: