CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

RTM oh RTM

SATU yang pasti tentang stesen ini adalah apabila bertukar menteri maka akan bertukarlah pula panggilannya. Kalau dulu dikenali sebagai RTM1 dan RTM2, selepas penjenamaan semula, ia kini dikenali (kembali sekali lagi) kepada TV1 dan TV2.

Penstrukturan semula pada 1 Januari 2009 menjadikan TV1 kepada saluran berita dan informasi sepenuh masa yang menyiarkan 49 siaran berita sehari dan program berbentuk informasi seperti bual bicara dan dokumentari.

Sementara itu, TV2 dengan temanya Dunia Ria pula menyajikan pelbagai program lain termasuk hiburan, filem dan drama untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Satu persoalan yang menarik bagi Wanda adalah mengapa nama stesen dan saluran RTM tidak konsisten? Apakah untuk memberi impak baru? Memang ia bukan sesuatu yang menyusahkan tetapi rasanya ia juga bukanlah sesuatu yang begitu disenangi.

Sekarang banyak pula komen-komen tentang berita perdana TV1 yang dikatakan bukan sahaja ketinggalan kerana disiarkan pada pukul 9 malam.

Malah ada yang menganggap RTM tidak patriotik apabila menukarkan waktu siaran asal Warta Perdana pada pukul 8 dalam bahasa Melayu kepada berita bahasa Mandarin.

Kecoh seketika hingga Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek terpaksa membuat kenyataan balas bagi komen-komen mengenai jadual baru berita RTM.

Senyap seketika isu itu dan kini Wanda terdengar pula keluhan-keluhan para penerbit tempatan mengenai slot drama mereka yang kini terpaksa berkongsi slot drama Cina dan Tamil.

Bukan itu sahaja, mereka juga perlu pula bersaing dengan drama atau filem luar negara seperti filem Cina, Tamil, Sepanyol, Hindi, Indonesia, Thailand, Brazil, Taiwan dan Korea dan banyak lagi.

Itu belum dicampur dengan slot bagi tayangan filem-filem blockbuster hebat Hollywood dan Hong Kong yang beratur menunggu giliran di TV2. Juga program-program hiburan lain.

Iyalah, sebelum ini drama-drama Melayu sama ada telefilem mahupun drama rantaian Melayu kebanyakannya memenuhi slot masa di TV1.

Kini semua itu terpaksa dipindahkan ke TV2 selaras dengan penjenamaan semula stesen tersebut. Sesuai dengan konsep saluran yang menyalurkan segala bentuk rancangan hiburan meliputi filem, drama mahupun program nyanyian.

Tapi yang menjadi masalah adalah drama-drama Melayu yang terpaksa menunggu giliran mengisi slot. Bila keadaan ini berlaku maka kuranglah drama Melayu dapat mengisi masa tayangan. Maka para penerbit terpaksalah mengurangkan penerbitan drama-drama kerana masa tayangannya pun dah bertambah kurang.

Kalau begini keadaannya bagaimana nak cari makan?

Kecualilah kalau stesen televisyen itu berhasrat mahu mengurangkan slot tayangan filem-filem luar negara yang sememangnya mempunyai pengikutnya sendiri.

Mungkin juga pihak stesen televisyen itu melakukan penjenamaan semula memandangkan ia akan meningkatkan jumlah saluran sekiranya sistem digital dilaksanakan.

Ini bermakna akan ada beberapa saluran baru yang diperkenalkan dan salah satunya mungkin akan memenuhi kouta drama-drama Melayu. Tetapi masalahnya Wanda dengar, sistem digital itu sendiri hanya akan dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun akan datang atau mungkin juga kurang daripada tempoh itu.

Masalahnya, apa akan jadi dengan drama Melayu yang ada pada hari ini. Wanda sendiri banyak mendengar rungutan malah ada penonton yang menghubungi komplen dengan sistem penstrukturan baru RTM ini.

Bukannya apa, tengah mereka dok syok layan drama-drama Melayu terutama drama berepisod seperti Dari Mata Arisa dan beberapa lagi, tiba-tiba drama itu 'hilang'. Buka saluran kedua pun tak ada bayang.

Habis macam mana tu?

0 comments: