CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

Drama Hartamas temui penonton di ntv7, Ahad

Diana Rusdi

MELINGKARI arus serba kemodenan hari ini, pelbagai perubahan kian dirasai terutama gaya hidup yang cukup ketara.


Berlatar belakangkan kota metropolitan hari ini, drama bersiri Hartamas yang bakal disiarkan ntv7 setiap Ahad bermula 8 Februari, jam 8.30 malam mengupas kehidupan sebuah keluarga urban yang disampaikan di dalam bentuk komedi.

Pengarahnya, Kabir Bhatia berkata, judul Hartamas yang dipilih adalah mewakili satu tempat yang cukup dikenali di ibu kota ini. “Pemilihan Hartamas ini adalah kerana kebanyakan penghuni kota hari ini cukup mengenali tempat ini. Kehidupan yang dianggap serba urban ini cukup sesuai dengan pengisian jalan cerita yang ingin disampaikan.

“Hartamas juga adalah dianggap sebagai sebuah drama komedi yang unik dari segi jalan penceritaannya dan saya berharap ia menepati apa yang diinginkan oleh penonton,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama itu baru-baru ini.

Sebagai pelakon yang berpengalaman dalam pelbagai genre drama dan filem, Rashidi Ishak yang menerajui sebagai watak utama dalam drama itu turut merasai kelainan peranan yang pernah diterimanya selama ini.

“Setiap drama atau filem pasti mempunyai kelainan tersendiri dari segi perwatakan jalan cerita atau apa saja, namun saya mengakui drama ini turut menguji bakat lakonan saya.

Cara penulis melahirkan watak saya cukup mencabar, kesukaran bagi saya adalah melahirkan watak komedi dalam gaya yang agak sinis.

“Perspektif yang sangat berbeza diberikan pengarah dalam drama ini sesuatu yang bersesuaian untuk ditonton masyarakat kini yang menyelitkan pelbagai mesej berguna untuk semua,” katanya.

Gaya hidup urban yang kian diikuti masyarakat kini mendapat tarikan pihak NTV7 untuk menghasilkan drama disamping menyampaikan mesej berguna kepada masyarakat. Ia diakui sendiri Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul.

Menurut Airin, tahun 2009 menandakan sebuah lagi tahun yang mencabar buat ntv7, terutamanya dengan tumpuan yang lebih atas drama tempatan berkualiti seperti Hartamas.

“Dengan khidmat pengarah berpengalaman, Kabir Bhatia menggerakkan Hartamas dalam sebuah drama komedi yang amat berbeza daripada pengarahnya sebelum ini.

“Walaupun drama yang hanya dilakonkan oleh empat pelakon utama saja iaitu Ida Nerina, Rashidi Ishak, Faezah Elai dan Diana Rusdi namun impak yang dihasilkan sangat kuat. Drama seperti inilah yang diinginkan oleh pihak kami disamping sangat bersesuaian untuk tontonan seisi keluarga,” katanya.

Drama Hartamas mengisahkan seorang akauntan bernama Johari bertemu dengan pereka fesyen yang tegas. Bagi bapa tunggal seperti Johari dan ibu tunggal, Amelia lakonan Ida Nerina dipertemukan dalam kisah cinta klasik antara dua hati yang berbeza umpama langit dan bumi.

0 comments: