Kemunculan Adlin di kaca TV Astro didalam rancangan AKADEMI FANTASIA 6 dengan memakai rantai salib telah mencetuskan kemarahan umat islam berkenaan rantai tersebut. Adakah Adlin sedar akan dia memakai rantai salib? ataupun adlin bukan lagi seorang islam? Mari kita lihat dari sudut pandangan kita berkenaan rantai berbentuk salib tersebut. Secara Jujur saya mengharapkan Adlin dapat menerangkan apakah maksud sebenar dengan pemaikaian rantai bertanda salib itu kepada masyarakat Umum.
Cuba and lihat rantai di leher Admin Aman Ramli
Ini rupa bentuk loket yang dikatakan dipakai oleh pengkritik AF6 ini, salah satu jenis salib yang dikenali sebagai Crux Assanta
Sunday, January 25, 2009
Adlin Aman Ramli memakai rantai salib?
Posted by fiq69 at 7:54 AM 0 comments
Norman Sah Cerai Abby Dengan Talak SATU

Pelakon wanita terkenal, Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini.
Penceraian kali kedua bagi pasangan artis itu disahkan selepas Norman bersetuju melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.
Norman, 32, bagaimanapun dilihat menitiskan air mata dan terpaksa menenangkan perasaan sebelum dapat membacakan lafaz cerai tersebut.
Melihatkan keadaan Norman, Hakim Syarie menangguhkan sebentar bagi memberikan peluang kepada Norman mententeramkan perasaan terlebih dahulu.
Posted by fiq69 at 7:51 AM 0 comments
(Review) Filem Ong Bak 2

Dibintangi:
Tony Jaa, Primrata Dej-Udom, Sorapong Chatree, Saranyu Wongkrajang, Santisuk Promsiri, Pattama Pantong, Nirut Sirijanya, Petchtai Wongkhamlao dan Supakorn Kijsuwan
Tarikh Tayangan:
5 Feb 2009
Ulasan :
Kepada yang meminati filem bercorak aksi dan pernah menyaksikan filem ‘Ong Bak’, pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menonton ‘Ong Bak 2, menjanjikan lebih banyak aksi. Daripada permulaan cerita hinggalah ke akhir, anda dapat melihat pertarungan demi pertarungan.
Jika anda menyangkakan ‘Ong Bak 2’ adalah sambungan kepada ‘Ong Bak’, jangkaan itu meleset sama sekali. ‘Ong Bak 2’ membawa jalan cerita yang berbeza. Latar masanya mengambil zaman empayar Ayuthaya. Set pengambarannya, nampak ‘hidup’ ditambah dengan ‘props’ yang melambangkan zaman tersebut. Bukan mudah untuk menghidupkan zaman yang sudah berkurun lama berlalu. Begitu juga dengan lakonan Tony Jaa. Dia mempamerkan tahap lakonan yang cukup mantap. Gerak tubuhnya dalam setiap pertarungan sangat cantik dan gagah.
Filem aksi daripada Thailand ini dikategorikan sebagai filem 18SG. Oleh itu jika anda tidak menyukai aksi-aksi ganas yang terlampau, baik jangan saksikan filem ini.
‘Ong Bak 2’ mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (Saranyu Wongkrajang).
Tuan Rajasena yang zalim dan tamakkan kuasa telah merancang untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Dia telah menghantar pembunuh upahan bagi membunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa Tien) serta tentera-tenteranya yang taat setia. Satu-satunya orang yang terselamat dari pembunuhan kejam tersebut adalah Tien, yang berjaya dilarikan oleh salah seorang tentera bawahan ayahnya.

Tien kemudiannya ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi sebelum diselamatkan oleh Chernang (Sorapong Chatree), ketua bagi “Sayap Garuda” iaitu pasukan gerila yang terbilang. Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya sebagai penyamun. Tien lantas membesar dengan memiliki kemantapan pelbagai jenis ilmu seni bela diri dan strategi peperangan termasuklah pertarungan satu lawan satu, tinju, bacaan mantera serta kemahiran-kemahiran mengendalikan senjata-senjata peperangan seperti pedang, pedang lengkung, belantan dan bahan letupan.
Dengan kemahiran pelbagai jenis seni bela diri yang tertanam dalam dirinya, Tien membesar dewasa menjadi seorang pejuang seni bela diri. Dengan menguasai gading hitam gajah suci yang dihormati oleh golongan penyamun, Tien diterima menjadi salah seorang pemimpin Sayap Garuda yang bakal menggantikan Chernang. Namun begitu, satu-satunya perkara yang tersimpan dalam fikirannya hanyalah dendam yang ingin dilunaskan dengan membunuh Tuan Rajasena dengan tangannya sendiri. Dia bercadang untuk membalas dendam pada malam upacara pertabalan di mana Lord Rajasena bakal menaiki takhta dan berkuasa penuh sebagai monarki.
kredit : ong bak 2
Posted by fiq69 at 7:47 AM 0 comments
Friday, January 2, 2009
Dengarnya... Padan muka kena marah
KALAU tadi kawan Cik Normah yang tembam mendapat SMS daripada orang belakang tabir yang tak puas hati dengan perangai terkinja-kinja seorang aktres baru. Baru-baru ini ketika sedang sibuk membeli belah di negara jiran, Cik Normah terserempak dengan seorang rakan lama.
Maklumlah apabila sudah lama tak jumpa, macam-macam ceritalah yang hendak dikongsikan hingga tergendala seketika niat Cik Normah untuk membeli sepasang dua kasut. Katanya, cerita ini memang panas tetapi tidak dihebohkan. Perkara ini berlaku beberapa bulan yang lalu tetapi tak siapa yang tahu.
Ceritanya tidaklah sensasi sangat mana tetapi bagi Cik Normah cerita yang disampaikan tidak kurang menariknya. Kisahnya mengenai seorang penyanyi baru berbakat disembur penyanyi senior kerana tak reti jaga mulut. Padan dengan muka artis ini. Memang sesuai dan patut pun kena marah.
Penyanyi senior itu pun tak kuasa nak bising-bising depan orang ramai. Dia telan saja apa yang dikatakan si pendatang baru tak sedar diri dan perasan bagus tu. Bagaimanapun sekembalinya dia ke ibu kota, penyanyi senior itu tidak dapat menyimpan lagi marah yang terbuku di hatinya, lalu dia pun mengirim SMS kepada penyanyi hingusan itu.
Kata penyanyi senior itu, dia memang layak menerima layanan sedemikian itupun setelah berpuluh tahun dalam industri. Jadi penyanyi artis baru itu kenalah lalui apa yang pernah dia lalui untuk sampai ke tahap sepertinya sekarang. Janganlah hendak bersikap kurang ajar pula. Hahaha.. padan dengan muka artis hingusan itu, baru bertemu buku dengan ruas.
Oleh Normah Becok
Posted by fiq69 at 11:11 AM 0 comments
Orang lama perkuatkan ntv7
Terbaru, Zaini Ahmad juga kembali memantapkan deretan pengacara utama program The Breakfast Show bersama-sama Daphne Iking, Nazruddin Habibur Rahman, William Quah dan Joanne De Rezario.
Barisan baru program The Breakfast Show ini diperkenalkan kepada media dalam satu majlis istimewa di ibu negara, bulan lalu. Bagaimanapun Daphne tidak hadir atas masalah yang tak dapat dielak.
Saluran Ceria Anda berusaha keras memantapkan persembahan dengan program lebih menarik
SELEPAS tirai tahun 2008 dilabuhkan, kedatangan 2009 seperti dialu-alukan oleh ntv7 dengan penuh bersemangat apabila menampilkan wajah baru untuk program yang menjadi penanda aras stesen TV ini menerusi program The Breakfast Show.
Bermula 1 Januari lalu, program bual bicara kali ini bermula lebih awal iaitu jam 7 pagi dan bersiaran selama tiga jam. Selama tempoh itu, The Breakfast Show akan tampil dengan sajian lebih bermutu dari aspek penyampaian dan kandungannya.
Bagaimanapun, sengat ntv7 mula hilang apabila seorang demi seorang meninggalkan stesen ini yang pernah menjulang nama mereka dalam dunia penyiaran. Pemergian mereka meninggalkan kesan bukan sedikit kepada ntv7, malah tidak keterlaluan dikatakan keputusan mereka menyebabkan stesen ini semakin hilang keceriaannya.
Oleh itu, lewat tahun 2008, Wan Kamaruddin yang cukup sinonim dengan tagline ‘Apa ke Jadahnya’ mengesahkan untuk kembali ke ntv7 untuk mengacarakan program Talian Hayat mulai 7 Januari.
Berlangsung dalam suasana yang sederhana, majlis ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Suridah Jalaluddin dan Pengurus Pengurusan Jenama Kumpulan ntv7, Emilya Ab Rahim.
Bagi Zaini yang mula menyertai ntv7 sejak Mac 1998 dan membuat keputusan meninggalkan stesen itu pada 2005, kepulangannya itu bukan sekadar satu ‘come back’ tetapi juga dapat menerapkan pengalamannya ketika bertugas di Special Broadcasting Services (SBS), di Australia.
“Masakan saya dapat lupakan tempat yang mula menaikkan nama saya. Bagai melepaskan rindu, saya bersemangat untuk mengacarakan program TBS. Bagi saya dalam apa juga kerja yang dilakukan atau di mana sekalipun kita bekerja, semuanya terpulang kepada kita untuk mencorakkannya menjadi lebih menarik dan mencabar.“Corak kerja di Malaysia termasuklah mengacara berbeza dengan luar negara kerana di negara kita kita perlu peka kepada sensitiviti dan inilah yang membuatkan kerja kita lebih mencabar dan pada masa yang sama harus memberikan persembahan kerja yang baik,” katanya yang pernah diangkat sebagai wartawan komuniti terbaik susulan kedua-dua rancangan miliknya iaitu 7 Di Pihak Anda dan My Time Out.
Seperti Zaini, Joanne De Rezario juga meninggalkan kerjaya di ntv7 pada tahun 2003 dan mengembangkan kerjayanya sebagai penyelia penerbit di syarikat Channel (V) dan Star Channel.
“Dunia penyiaran memang sentiasa di hati saya, ia sentiasa menjadi keghairahan saya apatah lagi dapat kembali bertemu dengan rakan lama di ntv7. Bagi saya setiap produksi ataupun negara yang menerbitkan sesebuah program mempunyai kekuatan sendiri dan kita sebagai pekerja akan cuba untuk menyesuaikan diri,” kata Joanne.
Nazruddin atau Naz berharap pengalaman yang ada pada rakan pengacaranya seperti Zaini dan Joanne dapat membantu memperkuatkan lagi program TBS.
“Bekerja dengan orang lama memberi kita satu dimensi, idea dan pendekatan baru untuk sama-sama belajar dan berkongsi pengalaman,” katanya yang menyertai ntv7 sejak 2006.
Sasarkan 100,000 penonton
Program The Breakfast Show diterbitkan oleh dua penerbit kanan iaitu Intan Norbaizura dan Tengku Firhad Bustaman. Kata Firhad yang ditemui sejurus selepas sidang media, perubahan format dan kandungan bagi program ini tidak dilakukan secara drastik.
“Setiap jam program berlangsung mempunyai pecahan demografiknya. Bagi jam jam 7 hingga 8 pagi khusus untuk golongan profesional, 8 hingga 9 pagi (pelajar) manakala 9 hingga 10 pagi untuk suri rumah.
“Pemilihan lima pengacara utama ini seiring dengan kredibiliti dan pengalaman mereka. Program ini juga menggunakan 80 peratus bahasa Inggeris dan 20 peratus lagi bahasa Melayu,” katanya.
Menurut Firhad lagi, ketika ini rating The Breakfast Show mencecah 40 ribu penonton dan berharap untuk menaikkan hingga ke 100 ribu penonton pada 2009.
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
Posted by fiq69 at 10:59 AM 0 comments
Thursday, January 1, 2009
Rejimen Temenggor pastikan persempadanan selamat

‘OH siou oh kamanang’. Bagi orang awam mungkin bahasa dan perkataan tersebut tidak dapat difahami, malah jauh sekali mendengar ungkapannya.
Namun, bagi kalangan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ia sesuatu yang lumrah. Malah, slogan ini juga amat digeruni oleh kalangan anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM).
Perkataan tersebut sebenarnya berasal dari bahasa Kadazan yang membawa maksud ‘siapa berani, dia menang’. Slogan ini telah diguna oleh 2 Rejimen Ranjer Diraja (RRD) sejak penubuhan pasukan tersebut lagi.
Ia sebagai menyatakan semangat juang bersungguh-sungguh serta keberanian anggota-anggota 2 RRD dalam pertahanan keselamatan dan kedaulatan negara, sekali gus menjadikan ia antara pasukan yang disegani oleh pihak musuh.
Dengan slogan tersebut, tidak hairanlah 2 RRD berterusan diberi tanggungjawab dalam menjaga kawasan-kawasan strategik seperti di sempadan Perak - Thailand.
Persempadanan Perak - Thailand di bawah tanggungjawab 2 RRD ini dianggarkan sepanjang 125.9 kilometer yang turut meliputi kawasan Hutan Belum dan Temenggor.
Ia bukan sahaja sebuah kawasan amat luas dengan hutan hujan dan belantara yang tebal, malah bentuk muka buminya bergunung-ganang dan berbukit-bukau menjadikan kawasan berkenaan sukar sukar dikawal.
Malah, sejarah telah tercatat bahawa persempadanan Perak - Thailand sebelum ini memang dikenali sebagai kawasan persembunyian anggotaanggota pengganas PKM.
Walaupun, PKM telah menyerah kalah dan meletakkan senjata, namun ATM telah meletakkan pasukannya bagi mengawal kawasan tersebut. Kini, tanggungjawab itu terletak pada bahu 2 RRD.
Utusan Malaysia yang berkesempatan meninjau tugasan anggota-anggota 2 RRD di kawasan Temenggor dan Belum, berpeluang mewawancara Pegawai Memerintah 2 RRD Leftenan Kolonel Firdaus Quah, di Kem Banding, Perak baru-baru ini.
Menurutnya, ramai orang tidak mengetahui bahawa sebahagian besar kawasan Hutan Temenggor adalah di bawah kawalan ATM.
Sehubungan itu, kawasan rekreasi termasuk trekking bagi orang ramai hanya meliputi kawasan tertentu yang dibenarkan sahaja.
Kawasan di bawah kawalan 2 RRD dianggap tidak sesuai untuk treking atau aktiviti lain, kerana ia adalah kawasan larangan.
Firdaus berkata, antara tugasan 2 RRD ialah menghalang kemasukan anasir-anasir subversif.
“Memang negara kita kini aman dan tiada tentangan daripada pengganas PKM.
“Namun, kawalan keselamatan tetap diteruskan memandangkan apa jua kemungkinan boleh berlaku. Kita tidak boleh leka. Jika 2 RRD lalai dalam tugasannya, pasti negara ini akan dicerobohi pihak musuh,’’ katanya.
Tugasan lain 2 RRD antaranya, menjaga hasil-hasil hutan dan bumi kawasan terbabit dari dicerobohi mana-mana pihak terutama orang asing.
Memang kita ketahui kawasan Hutan Temenggor dan Belum, kaya dengan pelbagai hasil hutan dan bumi seperti kayu gaharu dan sebagainya.
Difahamkan, aktiviti memancing di kawasan kawalan 2 RRD juga dilarang walaupun kaya dengan pelbagai spesies ikan terutama kelah.
Aktiviti memancing hanya dibolehkan di kawasan tertentu yang dibenarkan kepada para pelancong.
Pasukan juga diberi tanggungjawab untuk mengawal aktiviti keluar masuk di kawasan tersebut dan akan membuat pemeriksaan apabila perlu terhadap mereka yang berada di situ.
Menurut Firdaus, kawalan di Hutan Temenggor dan Belum oleh 2 RRD juga bertujuan menghalang kemasukan pendatang asing.
“Memandangkan kawasan sempadan ini luas, pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti kemasukan pendatang asing,’’ katanya.
Di samping itu, kawasan kawalan 2 RRD itu juga memang dikenali kaya dengan hidupan liar seperti rusa, kijang, gajah, harimau dan sebagainya.
Tidak seperti tempat lain, kawasan kawalan 2 RRD di Hutan Temenggor dan Belum, dilarang sama sekali memburu, kata Firdaus.
“Kawalan kita juga bagi menghalang pemburu haram,’’ katanya.
Firdaus seterusnya berkata, pihaknya juga berperanan memberi bantuan dan perlindungan kepada para pelancong yang datang ke Royal Belum.
“Perlindungan ini termasuk kepada pihak-pihak yang menjalankan kajian atau penyelidikan saintifik, selain perlindungan keselamatan kepada pengusaha-pengusaha pelancong.
“Pada masa sama, kita juga memberi bantuan dan perlindungan kepada penduduk Orang Asli yang mendiami kawasan hutan di sini.
“Antara bantuan yang kita beri sama ada kepada Orang Asli mahupun pelancong ialah bantuan perubatan seperti dalam keadaan kecemasan dan sebagainya,’’ katanya.
Berikutan tugasan 2 RRD itu, tidak hairanlah apabila kem-kem tentera sering dikunjungi oleh penduduk Orang Asli yang memerlukan bantuan perubatan.
Secara langsung, keadaan ini telah mewujudkan hubungan baik antara ATM dan penduduk Orang Asli setempat.
“Kadangkala, ada penduduk Orang Asli yang meminta bantuan perubatan. Sama ada mereka datang sendiri ke kem berdekatan atau kita akan bawa mereka dengan bot untuk dapatkan rawatan termasuk dihantar ke hospital,’’ katanya.
Satu lagi tugasan berat 2 RRD di Hutan Temenggor dan Belum ialah membersihkan kawasan terbabit daripada sebarang jerangkap samar walaupun PKM telah lama meletakkan senjata.
“Setiap kali rondaan, kita akan pastikan kawasan terbabit bersih daripada jerangkap samar. Walaupun PKM telah lama menyerah kalah, namun kita khuatir terdapat saki baki jerangkap samar.
“Jika ada tanda-tanda terdapat jerangkap samar, kita akan hantar pasukan pembersih jerangkap samar,’’ katanya.
Tugas 2 RRD di hutan yang luas itu melibatkan beberapa lokasi dan mereka akan bergerak dan meronda dari semasa ke semasa.
Selain lokasi-lokasi tertentu di pedalaman, anggota-anggota 2 RRD itu juga ditugaskan di Pos X-Ray dan Pos Marker November.
Tugasan di kedua-dua pos ini dilakukan tanpa mengira waktu bagi memantau kemasukan orang awam ke kawasan berkenaan.
Malah, kawalan keselamatan di kedua-dua pos ini dijalankan sepanjang masa terutama pada waktu malam sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan ia merupakan kawasan hidupan liar seperti harimau dan gajah.
Bagi anggota-anggota 2 RRD berkenaan, terserempak dengan haiwan liar seperti harimau dan gajah adalah perkara lumrah, namun lang- kah berhati-hati sentiasa dipraktikkan.
Selain itu, anggota-anggota 2 RRD di lokasi-lokasi pedalaman ini akan sentiasa meronda mengikut sektor yang ditugaskan.
Tempoh tugasan di kawasan hutan tersebut mengambil masa selama dua bulan sebelum digantikan oleh anggota-anggota lain.
Dalam tempoh tersebut, bekalan makanan akan dihantar menggunakan helikopter memandangkan melalui jalan darat ia terpaksa mengambil masa 10 hingga 12 hari untuk sampai ke sesebuah lokasi tugasan.
Cabaran bertambah sukar apabila tiba musim hujan pada bulan November, Disember dan Januari, di mana mereka bertugas dalam keadaan pakaian basah kuyup. Keadaan itu juga boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah tapak kaki mengelupas yang teruk.
Kadangkala mereka juga keputusan bekalan makanan sehingga lebih seminggu kerana cuaca basah dan sejuk menyebabkan persekitaran gunung dan bukit-bukau di situ berkabus tebal. Ia menyukarkan pergerakan dan pendaratan helikopter untuk menghantar bekalan makanan.
Menurut Firdaus, walaupun kehabisan makanan pasukannya berkemahiran menggunakan sumber-sumber hutan sebagai gantian.
“Mereka ini telah dilatih survival. Mereka tetap menjalankan rondaan walaupun terpaksa menggunakan bekalan hutan sebagai makanan.’’
Firdaus menambah, anggota-anggota 2 RRD yang ditugaskan merupakan mereka yang terlatih dalam kemahiran bertempur.
“Mereka itu adalah anggota platun tempur bersesuaian dengan tugasan dan tanggungjawab serta kawasan yang dikawal,’’ katanya mengakhiri perbualan tersebut.
Posted by fiq69 at 4:16 AM 0 comments











Bantulah saudara kita di Gaza dengan pelbagai cara. Kami menyediakan stiker khas untuk dilekatkan pada kereta sahaja. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Aman Palestin Berhad beribu pejabat di Bangi: Tel: 03-89267019, Fax: 03-89259963.



