CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

Pelakon enggan bayar karaoke

MALU sungguh Mami rasa apabila mendengar cerita daripada seorang teman yang sememangnya 'kuek' menyimpan cerita hangat selebriti tempatan. Cuma kisah peribadi Britney Spears saja yang dia tidak berapa nak ambil tahu. Kalau artis Malaysia, hmmm, bersusun dalam fail sulitnya itu.

Waktu rancak berborak dengannya dua hari lalu, dia tiba-tiba membisikkan ke telinga Mami. Katanya, ada seorang pelakon lelaki yang boleh dianggap popular juga keluar berkaraoke bersama beberapa rakan di sebuah pusat karaoke terkenal di ibu kota.

Mereka menghabiskan masa berjam-jam jugalah di tempat hiburan berkenaan. Pendek kata, habislah semua senarai lagu yang ada dalam simpanan pusat terbabit dinyanyikan mereka.

Apabila sudah puas melalak dan bergelak ketawa apabila ada rakan yang menyanyi sumbang, mereka pun bersedialah untuk beredar. Alih-alih, kumpulan yang diketuai pelakon itu macam hendak berlalu begitu saja. Pihak pengurusan pun menghampiri mereka dan bertanya mengenai bayarannya.

Khabarnya, si pelakon tadi enggan melunaskan bayaran sesi karaoke mereka yang berjam-jam lamanya itu dengan alasan dia seorang selebriti. Isyyy...! Kalau selebriti, maknanya semuanya percumalah ya? Kalau macam itu kaedahnya, Mami pun hendaklah berlakon drama, satu atau dua pun cukuplah, lepas itu bolehlah Mami menyanyi karaoke percuma juga.Mami pun suka jugak nyanyi ni.


Dengarnya, pihak pengurusan karaoke itu pun bengang dengan kerenah si pelakon yang bongkak itu. Kalau tak ada duit, cakap saja tak ada duit. Tetapi Mami percaya, takkan seratus dua tidak ada dalam dompet pelakon tu? Dia kan banyak muncul dalam drama sejak akhir-akhir ini? Takkan bayaran berlakon hari ini amat ‘ciput’ kot?



Mami diberitahu juga, pihak pengurusan karaoke terbabit dikatakan bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya selebriti tadi tetap berkeras enggan melunaskan bayaran berkenaan.

Mami tidak tahulah bagaimana sudahnya cerita selebriti dan karaoke ini. Mungkin dia sudah membayarnya atau kita tunggulah nanti, ada tak cerita pelakon lelaki kena tahan akibat tak bayar pusat karaoke.


MAMI

0 comments: